KaMPungTTJS: ramadhan

ramadhan

Saturday, August 30, 2008 at Saturday, August 30, 2008

Salam,

Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut kedatangan bulan yang mulia iaitu bulan ramadhan. Bulan untuk kita sama-sama memantapkan lagi kekuatan iman dengan menahan segala nafsu yang tidak pernah puas untuk dipuaskan.Sudahkah kita bersedia untuk menempuhi bulan akademik pentarbiyahan jiwa?

Didalam menghadapi bulan ramadhan ini, sama-sama lah kita membuat perancangan jadual pentarbiyahan yang padat untuk mendidik jiwa kita. Penuhi lah hari-hari kita dibulan ramadhan dengan melaksanakan amalan-amalan sunat disamping meningkatkan mutu amalan-amalan yang wajib. Semua ini memerlukan perancangan yang penuh rapi untuk mendapatkan sijil pengiktirafan ijazah bulan ramdahan.



Atas maksud itu, bagi memperkasakan diri kita untuk mengharungi ujian-ujian Akademi Ramadhan, marilah kita sama-sama berhimpun & mendengar bait-bait nasihat dan peringatan yang bakal disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Nushi Mahfodz, penceramah TV1/TV3/IKIM. Kuliah Ramadhan online ( YM Conferencing ), Ahad (31/08/08), 6.30am ( waktu Malaysia ).
Moga Ramadhan kali ini bertambah seri dengan iman yang mekar mewangi, haruman akhlak yang semerbak kasturi, menuntun fitrah Ilahi menuju syurga yang haqiqi, menuai taqwa menjelang Aidilfitri.

Sila add yahoo ID : krimanz.

0 comments: