KaMPungTTJS: Kelebihan selawat tafrijiyah

Kelebihan selawat tafrijiyah

Sunday, August 31, 2008 at Sunday, August 31, 2008

Ya Allah, berikan lah kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna keatas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang dengan berkatnya terbuka apa tersimpul dan dengan berkatnya terlepaslah dari segala kesusahan dan dengan berkatnya ditunailkan segala hajat yang baik dan dicurahkan air hujan(rahmat) dengan berkat wajahnya yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna Engkau limpahkan juga ya Allah keatas keluarga dan sahabatnya dengan tiap-tiap kerdipan mata dan hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagiMu Ya Allah
Selawat ini dari Zainalabidin Ali bin Husin bi Ali bin Abi Talib. Dinamakan selawat tafrijiyah kerana kalau diamalkan, akan dapat melepaskan segalam masalah dan kesulitan serta kesusahan dalam hidup. Dinamakan juga selawat nariyah kerana kalau diamalkan akan mendapat nur dan hidayah dari Allah. Dinamakan juga selawat kamilah kerana kalau diamalkan, akan mendapatkan hajat, baik urusan dunia dan akhirat.

0 comments: